Entri kali ini saya ingin membawa kawan-kawan beRekreasi dengan matematik tanpa mengeluarkan peluh pun yer..
Rekreasi Matematik bemaksud permainan yang direka tetapi melibatkan proses berfikir dan sekaligus dapat memupuk minat murid-murid kita untuk belajar Matematik dalam keadaan santai dan menyeronokkan.
Permainan 1: Kotak bernombor
Inilah gridnya (kotak empat segi).
Apa yang anda harus buat ialah menyusun nombor 1 sehingga nombor 8 dalam kotak grid tersebut.
Peraturannya ialah nombor-nombor yang berturutan tidak boleh berada bersebelahan, mengufuk, mencancang atau pepenjuru.
Anda akan dapati bahawa kanak-kanak biasanya akan cuba beberapa kali sebelum mereka mematuhi peraturan tersebut. Mereka akan menunjukkan jalan penyelesaian masing-masing dan anda akan dapati contohnya nombor 7 dan nombor 8 akan berada bersebelahan di penjuru grid. Jika anda terangkan kepada mereka bahawa jawapan mereka adalah salah, mereka akan cuba beberapa kali sehingga mendapat jawapannya.
Permainan 2: teka teki
Azhan mengambil ujian percubaan untuk menjadi anak murid Panglima Tok Rashid...Jumlah soalan yang perlu dijawab Azhan adalah sebanyak 40 soalan...Tetapi markah akhir dikira berdasarkan jumlah soalan yang dijawap sahaja....Bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 10 markah...manakala jawapan yang salah pula akan ditolak 5 markah...Kalau tak jawap tak dapatlah markah atau 0 markah...Azhan menjawab 36 soalan sahaja dan mendapat 270 markah...berapakah soalan yang Azhan salah jawab?
Susah sikit kan??try la..ni pn sumber dari buku rekeasi matematik..saya just share kat sini...
Permainan 2: teka teki lagi
"KARIM DAN KADER BERKONGSI DUIT UNTUK MEMBELI 110 BIJI GULI DI KEDAI UNCLE WONG PEK KONG. KARIM MEMBAYAR LEBIH DARIPADA KADER DAN DISEBABKAN ITU, MAKA JUMLAH GULI YANG KARIM DAPAT ADALAH 150 PERATUS DARIPADA JUMLAH GULI KADER. SO, BERAPA JUMLAH GULI KARIM DAN BERAPA JUMLAH GULI KADER?"
nI gambar sesaje nak tunjuk...
No comments:
Post a Comment